YGold Lantik Dr Haji Zaharudin Sebagai Penasihat Syariah
YGold Sdn Bhd terus memperkukuh komitmennya terhadap pematuhan Syariah dalam perniagaan emas menerusi pelantikan Dr Haji Zaharudin Abd Rahman sebagai Penasihat Syariah syarikat.
Dr Haji Zaharudin yang juga merupakan Pengarah Urusan Elzar Shariah & Technology Solution Sdn Bhd menerima pelantikan tersebut dalam satu majlis tanda tangan dan penyerahan surat pelantikan yang berlangsung di YGold Kuala Lumpur pada Sabtu, 29 Ogos 2026.
Majlis tersebut turut disaksikan Pengerusi Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Zahrin Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Shahfizzam Moideen berkata, pelantikan itu dibuat bagi memperkukuh keyakinan pelanggan selain meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pematuhan Syariah dalam urus niaga emas.
Menurut beliau, pemilihan Dr Haji Zaharudin adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang kewangan Islam, muamalat serta transaksi emas.
Dalam kapasiti sebagai Penasihat Syariah, Dr Haji Zaharudin akan memberikan pandangan dan bimbingan berkaitan aspek Syariah bagi memastikan operasi, struktur perniagaan serta urus niaga emas YGold dilaksanakan berdasarkan prinsip yang ditetapkan.
Shahfizzam berkata, pematuhan Syariah merupakan asas penting dalam membangunkan perniagaan emas yang telus, beretika dan dipercayai.
Beliau turut berharap pelantikan tersebut dapat membantu pelanggan memahami prinsip Syariah yang berkaitan dengan urus niaga emas serta memastikan setiap transaksi dilakukan secara bertanggungjawab dan beramanah.
Dalam perkembangan sama, YGold turut menganjurkan Mega Festival ke 2 di YGold Kuala Lumpur dari 28 hingga 30 Ogos 2026. Acara selama tiga hari itu menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Antara tawaran yang disediakan termasuk emas baharu dan preloved tanpa upah, koleksi silver, koleksi berlian, preloved gold bar daripada pelbagai jenama serta gold bar baharu pada harga di bawah pasaran.
Pengunjung turut ditawarkan peluang mendapatkan harga buy back dan trade in yang menarik serta cincin belah rotan pada harga bawah RM300. Selain itu, bidaan turut diadakan dengan harga permulaan serendah RM10.
Mega Festival berkenaan turut menyediakan pelbagai hadiah menarik serta 200 hamper untuk pengunjung yang hadir. Pengunjung yang mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan pada 30 Ogos turut menerima hadiah atau saguhati daripada YGold.
Mega Festival tersebut sebelum ini pernah dianjurkan di YGold Kajang dan berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM1.2 juta.
YGold Kuala Lumpur merupakan cawangan ketiga YGold yang mula beroperasi pada 22 Mei 2026. Cawangan yang terletak di G 02 B, No. 117, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menyediakan perkhidmatan jualan emas baharu dan terpakai, penjualan gold bar, pembelian surat pajak serta perkhidmatan buy back dan trade in.


