Gardenia Semarakkan Hari Kebangsaan 2026 dengan Pelbagai Inisiatif
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terus menyokong usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia menerusi penglibatannya sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.
Mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tersebut menjadi platform untuk Gardenia mendekati masyarakat di samping menunjukkan sokongan terhadap agenda negara dan usaha memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.
Gardenia turut mengambil kesempatan memperkenalkan Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g, produk baharu dalam rangkaian Original Classic. Roti susu dengan kepingan tebal ini menawarkan tekstur lembut dan sesuai dinikmati pada pelbagai waktu hidangan.
Produk tersebut mengekalkan identiti Original Classic “Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja”, selain boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai resipi mengikut citarasa pengguna.
Dalam usaha memeriahkan sambutan, Gardenia mengedarkan 5,000 unit cenderahati eksklusif berupa kipas tangan bersama pelbagai produk Gardenia kepada para pengunjung. Jumlah keseluruhan sumbangan produk dan cenderahati tersebut bernilai RM15,000.
Sebelum sambutan berlangsung, Gardenia turut mengadakan penglibatan pada majlis Pra-pelancaran Sambutan Merdeka pada 12 Ogos 2026 dengan mengedarkan 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme kepada orang awam untuk dinikmati dan diperkenalkan kepada pengguna.
Sepanjang Sambutan Hari Kebangsaan 2026, Gardenia turut membuka tapak jualan khas di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya. Sebanyak 1,000 pek kombo ditawarkan pada harga serendah RM10, merangkumi pelbagai produk Gardenia termasuk produk terbaharu Roti Susu Original Classic Supreme.
Pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung, khususnya keluarga yang hadir bersama anak-anak.
Penglibatan Gardenia dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2026 memperlihatkan komitmen syarikat untuk terus menyokong inisiatif kerajaan dan mendekati masyarakat melalui pengalaman yang bermakna. Usaha ini turut menjadi sebahagian daripada komitmen Gardenia dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia.


