KEMPEN PERFECT BASKET, PERFECT RIDE GANJAR PERUNCIT YANG MEMANFAATKAN CIRI AI COKE BUDDY

SELANGOR, 24 September 2026 – Kempen Perfect Basket, Perfect Ride anjuran Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapore-Brunei mencatatkan lebih 4,500 penyertaan daripada lebih 4,000 peruncit di seluruh Malaysia, sekali gus memperlihatkan penerimaan yang menggalakkan terhadap penggunaan teknologi digital dalam menguruskan pesanan perniagaan. Soru Group Sdn. Bhd. diumumkan sebagai pemenang tunggal hadiah utama dan membawa pulang sebuah Perodua Alza baharu bernilai lebih RM60,000 dalam majlis penyerahan hadiah yang berlangsung baru-baru ini.
Berlangsung dari Januari hingga April 2026, kempen tersebut menggalakkan peruncit memanfaatkan ciri Perfect Basket ketika membuat pesanan melalui Coke Buddy, sebuah ekosistem pesanan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI). Platform berkenaan menggabungkan fungsi pesanan, cadangan produk, promosi dan penjejakan pesanan dalam satu sistem, sekali gus memberikan peruncit cara yang lebih fleksibel untuk menguruskan keperluan stok dan pesanan rutin.
Pada masa ini, Coke Buddy membantu kira-kira 39,000 premis runcit di seluruh Malaysia menguruskan pesanan secara digital, selain membolehkan mereka terus berhubung dengan wakil jualan Coca-Cola masing-masing. Pendekatan ini menggabungkan kemudahan teknologi dengan sokongan manusia, membolehkan peruncit menggunakan saluran digital tanpa menghilangkan hubungan secara langsung dengan pasukan jualan.
Ciri Perfect Basket pula direka untuk memberikan cadangan produk dan kuantiti yang bersesuaian dengan keperluan setiap premis. Cadangan tersebut dijana menerusi Central Recommendation Engine (CRE) Coca-Cola dengan mengambil kira pelbagai maklumat, termasuk sejarah pesanan, kekerapan pembelian, permintaan bermusim, keadaan cuaca serta trend pembelian daripada perniagaan yang mempunyai corak operasi yang sama.

Sepanjang tempoh kempen, 83 peratus premis yang mengambil bahagian mengikuti cadangan yang diberikan melalui Perfect Basket. Premis berkenaan turut mencatat pertumbuhan hasil jualan yang lebih tinggi berbanding premis runcit seumpamanya. Perkembangan ini menunjukkan bagaimana cadangan yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan berpotensi membantu peruncit merancang pesanan dengan lebih teratur serta mengenal pasti peluang untuk mengembangkan perniagaan.
Menurut Patrick Go, Pengarah Komersial (Malaysia & Brunei), Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapore-Brunei, peruncit sememangnya memahami operasi dan keperluan perniagaan masing-masing, namun proses menentukan pilihan produk, gabungan saiz dan jenis pek serta produk pelengkap yang sesuai boleh mengambil masa. Perfect Basket membantu menghimpunkan maklumat berkaitan untuk memberikan panduan awal yang praktikal, manakala keputusan akhir mengenai pesanan kekal di tangan peruncit.
Sambutan terhadap kempen tersebut turut mencerminkan keterbukaan peruncit terhadap penggunaan teknologi yang boleh memudahkan urusan harian mereka. Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapore-Brunei menyatakan komitmen untuk terus menambah baik Coke Buddy dan Perfect Basket berdasarkan maklum balas peruncit serta penggunaan data secara bertanggungjawab, sambil mengekalkan peranan pasukan jualan dalam membina hubungan dengan pelanggan.
Bagi Muhammad Zaid bin Rodzuan daripada Soru Group, Coke Buddy membantu memudahkan serta mempercepatkan proses membuat pesanan bagi pasukannya. Beliau turut menyifatkan Perfect Basket sebagai ciri yang membantu mereka mempertimbangkan pilihan produk yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan, di samping menghargai sokongan berterusan daripada pasukan jualan Coca-Cola sepanjang tempoh kerjasama.
Walaupun kempen Perfect Basket, Perfect Ride telah berakhir, ciri Perfect Basket terus berfungsi dengan menyesuaikan cadangan berdasarkan perubahan permintaan pengguna, faktor bermusim dan keadaan pasaran setempat. Menerusi Coke Buddy, Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapore-Brunei meneruskan usaha memperluas penggunaan teknologi digital bagi membantu peruncit menguruskan operasi harian dengan lebih mudah dan berasaskan maklumat yang relevan.