Makan lewat malam bersama rakan serumah, menikmati masakan keluarga atau berkongsi hidangan panas ketika hujan merupakan antara momen sederhana yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia. Bagi ramai, pengalaman tersebut menjadi lebih bermakna apabila dikongsi bersama insan tersayang. Berteraskan semangat inilah, kempen Saya & MAGGI® Mesra Bersama diperkenalkan bagi meraikan pelbagai momen sebenar rakyat Malaysia menerusi filem utama kempen, selain mengajak orang ramai berkongsi pengalaman mereka bersama MAGGI® melalui tanda pagar #SayaDanMAGGI.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia merentasi generasi. Hubungan tersebut diraikan menerusi Karnival Saya & MAGGI®, yang mengajak masyarakat menikmati pelbagai hidangan, mengeratkan hubungan sesama insan dan mencipta kenangan baharu bersama.

Berlangsung selama empat hari dari 17 hingga 20 September 2026 di Raintree Plaza, The Exchange TRX, karnival tersebut menghimpunkan pelbagai aktiviti makanan, keluarga dan komuniti serta persembahan muzik bersempena sambutan Hari Malaysia. Kemeriannya turut bermula lebih awal pada 16 September menerusi acara pratonton yang bersempena dengan ketibaan peserta Keretapi Sarong di lokasi karnival sebagai destinasi akhir mereka.

Karnival berkenaan turut menghimpunkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, termasuk keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan komuniti, selain menampilkan personaliti seperti Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim. Pentas hiburan turut dimeriahkan dengan persembahan DOLLA dan Ruffedge, sebelum Datuk Ziana Zain dan Misha Omar menutup acara dengan persembahan istimewa.

Menurut Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI®, dengan momen tersebut menjadi lebih bermakna apabila dikongsi bersama insan di sekeliling mereka. Beliau berkata, Karnival Saya & MAGGI® menjadi platform untuk meraikan momen serta individu di sebalik pengalaman tersebut, termasuk keluarga yang berkongsi hidangan kegemaran, petani dan usahawan yang memainkan peranan dalam komuniti makanan tempatan.

Antara tarikan utama ialah ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI®, yang menampilkan usahawan makanan tempatan menerusi empat tema utama. Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI® mengetengahkan hidangan popular dengan sentuhan tersendiri setiap peniaga, manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI® memperkenalkan hidangan khas yang dicipta untuk karnival. Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI® pula membawa pengunjung menikmati variasi cita rasa dari seluruh Malaysia.

Karnival tersebut turut memberi perhatian kepada pemerkasaan wanita menerusi Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani, yang menampilkan usahawan wanita dan kisah di sebalik perjalanan mereka. Antaranya ialah Ida Faizura Binti Megat Muhaiyadin atau Jua daripada Jua’s Cook and Bake, yang juga merupakan naib juara MAGGI® Wanita Cukup Berani Musim Ketiga dan berpeluang memperkenalkan hasil masakannya kepada pengunjung.

Inisiatif MAGGI® Wanita Cukup Berani turut menyediakan empat modul latihan dalam talian secara percuma yang merangkumi aspek keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan. Program tersebut bertujuan memberikan pengetahuan serta kemahiran praktikal yang boleh dimanfaatkan oleh wanita dalam kehidupan seharian mahupun untuk menyokong perjalanan perniagaan mereka.

Selain makanan, pengunjung turut diberi peluang mengenali lebih dekat bahan dan individu yang berada di sebalik hidangan kegemaran mereka. Aktiviti Kari Kegemaran Malaysia mengajak pengunjung menguji deria sambil mengenali 12 jenis rempah yang menyumbang kepada cita rasa MAGGI® Kari, manakala Dari Ladang ke Hidangan Keluarga memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang mengusahakannya.

Di Dapur MAGGI® Saya, pengunjung pula boleh mendapatkan idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah. Mereka juga berpeluang berkongsi momen #SayaDanMAGGI serta mendapatkan barangan daripada koleksi eksklusif MAGGI® sepanjang karnival berlangsung.

Lebih lima dekad selepas diperkenalkan di Malaysia, MAGGI® terus berkembang bersama perubahan gaya hidup dan keperluan rakyat Malaysia. Daripada resipi keluarga dan masakan harian kepada usaha menyokong petani, usahawan serta komuniti tempatan, jenama tersebut terus memainkan peranan dalam menghubungkan makanan dengan pengalaman dan hubungan sesama manusia.

Melalui Karnival Saya & MAGGI®, hubungan yang telah terjalin sejak 1969 diteruskan dalam suasana yang menghimpunkan makanan, keluarga, komuniti dan hiburan. Ia bukan sekadar meraikan cita rasa yang dekat dengan rakyat Malaysia, tetapi turut mengetengahkan insan serta momen yang menjadikan setiap hidangan lebih bermakna.

Ikuti MAGGI® Malaysia di media sosial dan teruskan berkongsi kisah anda melalui #SayaDanMAGGI. Untuk maklumat lanjut, layari www.maggi.my.